fb x whatsapp
KEMBALI Berita Terkini
PAHANG BERJAYA KUTIP RM1 BILION EMPAT TAHUN BERTURUT
10/11/2025
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat-Nya, Kerajaan Negeri Pahang terus berjaya mengekalkan rekod kutipan hasil melebihi RM1 bilion bagi tahun keempat berturut-turut sejak tahun 2022.
Pencapaian ini mencerminkan keutuhan tadbir urus Kerajaan Negeri yang berteraskan prinsip Aspirasi Pahang 1st, iaitu mendahulukan kepentingan rakyat, mengutamakan kesejahteraan negeri serta memastikan setiap hasil negeri dimanfaatkan sebaiknya untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.
Seperti yang sering saya nyatakan, Kerajaan Negeri memerlukan sekitar RM600 juta setahun bagi menampung kos pengurusan, manakala baki hasil negeri dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program pembangunan, kebajikan dan inisiatif menyeluruh yang merangkumi segenap lapisan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kakitangan awam negeri dan Persekutuan, syarikat-syarikat S-GLC, sektor swasta serta rakyat Pahang yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam mengurus hasil serta membangunkan negeri ini dengan penuh tanggungjawab.
Semoga Pahang terus maju seiring dengan semangat Pahang 1st yang menjadi tunjang kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Prestasi Dipertingkat Kemakmuran Dipertahankan.
  • https://aduan.wanrosdy.my/storage/uploads/images/784de656dbb8fe94091ebd9215a03aa8.webp
https://aduan.wanrosdy.my/storage/uploads/images/784de656dbb8fe94091ebd9215a03aa8.webp

BERITA LAIN

TOWN HALL RAKYAT RUANG KONGSI PENDAPAT MENJELANG BELANJAWAN PAHANG 2026
TOWN HALL RAKYAT RUANG KONGSI PENDAPAT MENJELANG BELANJAWAN PAHANG 2026
Baca lanjut
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH
Baca lanjut
TOWNHALL RAKYAT
TOWNHALL RAKYAT
Baca lanjut