1. TERMA & SYARAT
Selamat datang ke laman web rasmi YAB Menteri Besar Pahang (“Laman Web”). Dengan mengakses atau menggunakan laman ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di bawah. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan laman ini.
1.1 Tujuan Laman Web
Laman Web ini berfungsi sebagai portal rasmi informasi berkaitan YAB Menteri Besar Pahang serta menyediakan saluran aduan dalam talian kepada rakyat Negeri Pahang.
1.2 Penggunaan Laman Web
- Memberi maklumat yang tepat dan benar semasa menghantar aduan.
- Tidak memuat naik kandungan yang bersifat fitnah, palsu, sensitif, tidak senonoh atau melanggar undang-undang.
- Tidak melaksanakan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu operasi Laman Web.
Pejabat YAB Menteri Besar berhak menolak, memadam atau menyekat sebarang aduan atau maklumat yang melanggar syarat ini.
1.3 Penyerahan Aduan
- Data anda akan digunakan untuk tujuan pengesahan dan pengurusan aduan.
- Aduan boleh dikongsikan kepada agensi kerajaan negeri, PBT dan jabatan teknikal berkaitan.
- Pegawai pengurus aduan boleh menghubungi anda melalui telefon atau WhatsApp.
1.4 Hak Pengubahsuaian
Pejabat YAB Menteri Besar berhak melakukan perubahan pada kandungan, fungsi, atau terma penggunaan Laman Web pada bila-bila masa tanpa notis.
2. DASAR PRIVASI
Dasar Privasi ini menjelaskan bagaimana maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui Laman Web diuruskan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.
2.1 Maklumat Yang Dikumpul
- Kad Pengenalan (wajib)
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Alamat e-mel
- Kategori aduan
- Tajuk dan butiran aduan
- Lampiran
- Lokasi aduan (daerah, parlimen, DUN)
- Alamat surat-menyurat / lokasi kejadian
- Maklumat lokasi dari peta
2.2 Tujuan Pengumpulan Data
- Mengurus dan memproses aduan.
- Menghubungi pengadu.
- Mengemukakan aduan kepada jabatan/agensi berkaitan.
- Analisis statistik dalaman.
2.3 Perkongsian Data
- Pejabat YAB Menteri Besar Pahang
- Agensi kerajaan negeri & PBT
- Vendor penyelenggaraan sistem
2.4 Tempoh Penyimpanan Data
Data disimpan sehingga 7 tahun selaras dengan dasar kerajaan negeri.
2.5 Keselamatan Data
Langkah keselamatan digital digunakan, namun tiada sistem yang 100% bebas risiko.
2.6 Hak Anda
Anda boleh mengemaskini maklumat atau meminta penjelasan melalui saluran rasmi.
3. Penafian
3.1 Ketepatan Maklumat
-
Pejabat YAB Menteri Besar Pahang berusaha memastikan setiap maklumat dalam Laman Web tepat dan terkini. Namun, tiada jaminan bahawa semua maklumat adalah lengkap atau bebas daripada kesilapan.
3.2 Tindakan Berdasarkan Maklumat
-
Sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan maklumat dalam Laman Web adalah tanggungjawab pengguna. Pejabat MB tidak bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau liabiliti yang timbul.
3.3 Pautan Pihak Ketiga
-
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman luar. Pejabat MB tidak bertanggungjawab terhadap:
- Kandungan
- Keselamatan
- Polisi privasi mana-mana laman pihak ketiga.
2.4 Tempoh Penyimpanan Data
Data disimpan sehingga 7 tahun selaras dengan dasar kerajaan negeri.
2.5 Keselamatan Data
Langkah keselamatan digital digunakan, namun tiada sistem yang 100% bebas risiko.
3.4 Ketersediaan Sistem
Walaupun usaha terbaik dilakukan untuk memastikan Laman Web beroperasi setiap masa, Pejabat MB tidak menjamin kualiti capaian atau ketiadaan gangguan teknikal