KENALI TOK WAN
tokwan
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, mula menggalas tugas sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-15 setelah mengangkat sumpah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, di Istana Abu Bakar, Bandar DiRaja Pekan pada 15 Mei 2018.
 
Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas PRU 15 dan telah mengangkat sumpah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar, Bandar DiRaja Pekan pada 28 November 2022.
 
Sebelum itu, beliau adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) selama dua penggal dari tahun 2008-2013 dan 2013-2018.  
Sebelum dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO), beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Kawasan DN Jelai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sehingga sekarang. Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy adalah Pegawai Kanan di PadiBeras Nasional (BERNAS).
 
Beliau telah berkahwin dengan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Burhah binti Mohammed dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata – dua lelaki dan seorang perempuan.
PROFIL
Nama:
YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, SDSA., SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP.
Tarikh Lahir:
1 Oktober 1958
Asal:
Kampung Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang
Isteri:
Datin Sri Dato' Burhah Mohammed
Pendidikan
Ijazah:
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Kelas 2 Atas) Pengkhususan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Diploma:
Pengajian Perdagangan, Institut Teknologi Mara
JAWATAN DALAM KERAJAAN
2018 - kini:
YAB Menteri Besar Pahang
2013 - 2018:
EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang
2008 - 2013:
EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli
2004 - kini:
Ahli Dewan Negeri Jelai
JAWATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN
2004 - kini:
Yang Dipertua / Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan Bernas Berhad
2009 - 2019:
Wakil Kerajaan Negeri dalam Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
ANUGERAH PINGAT DAN DARJAH KEBESARAN NEGERI
  • S.D.S.A.(Sri Diraja Sultan Ahmad Shah) yang membawa gelaran Dato' Sri Diraja
  • S.S.A.P. (Sri Sultan Ahmad Shah Pahang) yang membawa gelaran Dato’ Sri
  • D.S.A.P. (Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang) yang membawa gelaran Dato’
  • D.I.M.P. (Darjah Indera Mahkota Pahang) yang membawa gelaran Dato’
  • S.M.P. (Setia Mahkota Pahang)
  • A.M.P (Ahli Mahkota Pahang)
  • S.U.M.W. (Seri Utama Mahkota Wilayah) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama
KERJAYA POLITIK
  • Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang
  • Pengurusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO